Ahmad Zahid Gagal Tangguh Prosiding Pembelaan

LocalPolitics
4 Jul 2022 • 6:50 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menangguhkan pemeriksaan balas pihak pendakwaan ke atasnya sementara menunggu keputusan rayuan, memutuskan bahawa tertuduh tidak akan diprejudis semasa pemeriksaan balas.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya berkata tiada keadaan khas untuk membenarkan permohonan Ahmad Zahid bagi penangguhan. 

“Tertuduh (Ahmad Zahid) bebas menemu bual saksi bila-bila masa, sebahagian daripada mereka adalah ahli keluarganya malah pihak pendakwaan komited untuk membantu beliau. Beliau tidak dinafikan perbicaraan yang adil,” kata hakim. 

Bekas timbalan perdana menteri itu memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding membela diri dalam kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) sehingga rayuannya untuk mendapatkan salinan percakapan saksi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diputuskan Mahkamah Rayuan.

Pemeriksaan balas terhadap Ahmad Zahid bermula Khamis lalu selepas beberapa hari memberi keterangan membela diri dalam kes itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved