Ahmad Zahid imbas zaman ‘Bossku’, jentera UMNO mewah namun tetap juga kalah

LocalPolitics
14 Jan 2026 • 3:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui parti itu kini berdepan cabaran besar, terutama dari segi peruntukan bagi menggerakkan jentera penerangan, satu isu yang sering dibangkitkan akar umbi ketika ini.

image is not available

Ahmad Zahid sifatkan situasi sekarang jauh berbeza

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, beliau menyatakan, situasi tersebut jauh berbeza jika dibandingkan dengan era kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan sebagai zaman ‘mewah’ dari sudut sokongan kewangan kepada jentera parti.

“Ya benar, kalau kerana tak ada peruntukan. Apa peruntukan kalau pakai WhatsApp. Selalu kita fikir pasal peruntukan.
“Zaman bossku (Najib) sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, siapa dalam kalangan kita tak dapat bantuan daripada bossku? Jentera mana peringkat pusat (tak dapat peruntukan)?
“Ada dapat puluhan juta bahagian. Semua dapat. Jentera mewah tapi kita kalah, biar segala-galanya perlukan duit, tapi duit bukan segala-galanya,” katanya.

image is not available

Ahmad Zahid tegaskan UMNO perlu tinggalkan pendekatan defensif

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Simposium Politik Era Digital 2026 di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini. Turut hadir Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid turut menegaskan UMNO perlu meninggalkan pendekatan defensif dan mula mengamalkan strategi ofensif yang disifatkan lebih berkesan dalam mempertahankan parti.

“Masalah kita sudah lama tak serang. Bila serang kita pun tak pertahankan. Itu sebab kita ‘ke laut’,” katanya.

image is not available

Artikel lain: “Isi hati dan hasrat telah saya luahkan…” -Akmal Saleh selesai temui Ahmad Zahid

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menekankan keperluan UMNO menyesuaikan pendekatan politik dengan realiti era digital, termasuk memperkukuh gerak kerja penerangan dan komunikasi parti agar lebih berkesan, selari dengan perubahan corak sokongan pengundi masa kini.

Sumber: Malaysia Gazette (Mohammad Arif Nizam)