Ahmad Zahid ingatkan jangan usik hati orang Melayu

Politics
9 Jun 2023 • 4:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti gabungan Kerajaan Perpaduan agar tidak 'mengusik' hati dan perasaan orang Melayu.

Pengerusi BN itu berkata, seruan berkenaan bagi memadamkan kecurigaan sesama parti-parti dalam kerajaan.

"Jangan lagi ada kenyataan-kenyataan yang boleh menguris hati antara kita. Kepada sahabat-sahabat kita, jangan diusik hati dan perasaan orang Melayu.

"Begitu juga dengan kita (UMNO), elakkan tutur dan tindakan yang boleh mengundang resah sahabat dan rakan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan pimpinan utama 19 parti sekutu Kerajaan Perpaduan.

Ahmad Zahid menegaskan, hakikatnya, kemajmukan negara kita adalah sunatullah iaitu hukum Allah yang perlu bersama-sama disantuni.

Bagaimanana, katanya, sepanjang melakukan penyesuaian politik berdasarkan realiti politik semasa, termasuklah dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan sejak 24 November tahun lalu, perkara pokok atau asas yang melibatkan soal Islam, Melayu dan Bumiputera tidak pernah dicabar atau cuba dirobek oleh mana-mana rakan kongsi politik mereka.

"Harapan saya kesalingan yang terbentuk ini akan memadamkan kecurigaan sesama kita, ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: