Ahmad Zahid pengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kota Kinabalu

LocalPolitics
21 Jan 2026 • 6:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kota Kinabalu pada Rabu.
image is not available
Mesyuarat diadakan di sebuah hotel di Kota Kinabalu dan dihadiri oleh pemimpin dari parti komponen BN.

KOTA KINABALU - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamdi tiba di Kota Kinabalu dan seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung bermula sekitar jam 6 petang, Rabu.

Mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel di sini dihadiri Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup; Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Selain itu, Ketua Wanita BN dan UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Pengerusi BN Sabah, Datuk Jafry Ariffin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turut hadir pada mesyuarat tersebut.

**media[3408928]**

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, disambut Jafry sebelum mengadakan perbincangan kecil dengan pemimpin yang hadir.

Beliau kemudian memulakan mesyuarat yang difahamkan turut membincangkan mengenai penyertaan Parti Progresif Penduduk (PPP) ke dalam BN.

Ahmad Zahid sebelum itu dilaporkan berkata, PPP diiktiraf sebagai parti komponen BN dan formaliti pengiktirafan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat dewan tertinggi parti itu.