Ahmad Zahid rai hari lahir bersama petugas media

14 Jan 2023 • 12:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid bersama beberapa petugas media memotong kek hari jadi ketika melawat laman media pada Perhimpunan Agung UMNO 2022. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Sambutan hari lahir tahun ini mungkin berbeza bagi beberapa petugas media apabila berpeluang untuk meraikannya bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Sabtu.

Presiden UMNO itu meluangkan masa untuk turun ke laman media bagi menyambut hari jadinya dengan acara memotong kek bersama tiga petugas media lain yang turut lahir pada Januari.

Selain itu, petugas media juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Ahmad Zahid ketika beliau bermesra dan menyantuni mereka selepas acara memotong kek tersebut.