Ahmad Zahid sahkan akan jumpa Akmal Saleh petang ini

LocalPolitics
13 Jan 2026 • 2:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid berucap sebelum merasmikan penutup Program Multaqa Ilmuan Islam Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang berlangsung dari 14 hingga 17 Januari ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa beliau akan bertemu dengan Ketua Pemuda parti itu, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh petang ini.

"Beliau akan jumpa saya petang ini, saya tak tahu apa keputusan beliau (mengenai kedudukannya dalam parti dan kerajaan),” kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia di sini pada Selasa.

Semalam, Dr Muhamad Akmal berkata, beliau akan akur dengan keputusan Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung kedudukan jawatan yang disandangnya ketika ini.

Dr Muhamad Akmal merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau serta Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.

Media sebelum ini melaporkan Dr Muhamad Akmal memberi bayangan untuk berundur daripada dua jawatan yang disandangnya ketika ini selepas gesaan beliau supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan mendapat reaksi negatif daripada Ahmad Zahid. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved