Ahmad Zahid ziarah jenazah Tun Dr Hasmah

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 3:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ahmad Zahid ziarah jenazah Tun Dr Hasmah
Ahmad Zahid hadir menziarahi jenazah Allahyarham Dr Hasmah di The Mines Residence, Seri Kembangan pada Isnin. Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir menziarahi Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali di The Mines Residence, Seri Kembangan pada Isnin.

Kehadiran Ahmad Zahid sekitar jam 2 petang itu bagi menyampaikan penghormatan terakhir serta menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Hasmah, 100, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi tadi.

Berita pemergian itu disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarhamah dilaporkan meninggalkan IJN pada jam 10.48 pagi sebelum tiba di The Mines Residence.

Kerajaan turut mengumumkan Allahyarhamah akan diberikan penghormatan pengebumian negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved