AI Di China Perlu Menjawab 70,000 Soalan Sebelum Disahkan Selamat Untuk Digunakan

TechnologyDigital
16 Jul 2024 • 4:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apakah yang boleh dilakukan bagi memastikan sesebuah kecerdasan buatan (AI) selamat untuk digunakan oleh orang awam? Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) kini mewajibkan AI yang dibangunkan syarikat tempatan menjawab antara 20,000 hingga 70,000 soalan terlebih dahulu sebelum ia boleh digunakan oleh orang ramai menurut laporan Wall Street Journal.

image is not available

Berdasarkan jawapan yang diberikan, ketepatan maklumat yang diberikan adakan dapat diukur. Selain itu pembangun diberikan senarai sehingga 10,000 soalan yang jawapan tidak boleh diberikan. Antara yang terkandung dalam senarai ini ialah soalan mengenai Parti Komunis dan peristiwa Dataran Tiananmen.

China ialah negara terawal yang mengenakan pelbagai garis panduan untuk AI dan juga algoritma. Antara yang sudah dikuatkuasakan sebelum ini ialah menghalang algoritma daripada menzalimi pekerja gig. EU dan Amerika Syarikat masih lagi dalam proses merangka garis panduan pembangunan AI yang selamat. Sementara itu di Malaysia, Kod Etika Kecerdasan Buatan sudah dibangunkan oleh MOSTI sejak tahun lalu