
Pada tahun 2022, kecerdasan buatan AlphaFold yang dibangunkan oleh Google Deepmind berjaya menemukan lebih 200 juta struktur protein yang boleh digunakan bagi menghasilkan ubat-ubatan. Ia mempercepatkan saintis mencari struktur protein sesuai untuk penyakit yang ingin dirawat tanpa melakukannya secara manual dan mengambil masa ratusan tahun.
The ambition at @IsomorphicLabs is immense – they’re rethinking drug discovery from the ground up, using AI.
Join Head of Medicinal Drug Design @_rebecca_paul & Chief AI Officer @maxjaderberg as they share the possibilities of AI in tackling disease with host @fryrsquared.… pic.twitter.com/v4WQR6SOjb
Daripada kejayaan ini, Isomorphic Labs ditubuhkan oleh Deepmind khusus untuk kajian menghasilkan pelbagai rawatan penyakit menggunakan AI. Menerusi model terkini AlphaFold 3, Isomorphic Labs kini sedang bersedia melalukan ujian klinikal rawatan kanser menggunakan ubat yang dijana oleh AI.
Isomorphic Labs tidak menyatakan apakah yang boleh dilakukan oleh ubat yang sedang dibangunkan serta jenis kanser yang menjadi sasaran. Yang pasti ialah dalam tempoh tiga tahun selepas AlphaFold diumumkan ia sudah bersedia untuk menguji ubat yang dibangunkan kerana biasanya masa yang lebih lama diperlukan sebelum ujian klinikal boleh dilakukan.

Kanser ialah antara lima penyakit yang menyebabkan kematian tertinggi di dunia. Kemajuan pemahaman sains mengenai teknologi mRNA yang berkembang pesat pasca pandemik membolehkan beberapa vaksin dibangunkan oleh Moderna, Pfizer, BioNTech dan Amazon sejak tiga tahun kebelakangan ini. Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci, dua saintis yang mencipta vaksin Comirnaty di BioNTech meramalkan vaksin menentang kanser akan menjadi realiti sebelum 2030.
