AI MusicGen Oleh Meta Turut Boleh Menjana Music Berdasarkan Prom Teks

TechnologyDigital
12 Jun 2023 • 11:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adakah anda mempunyai bakat menghasilkan muzik. Sekiranya tidak terdapat pelbagai produk kecerdasan buatan yang boleh menjana muzik berdasarkan prom teks yang dimasukkan oleh pengguna. Pagi ini Meta mengumumkan MusicGen pula yang boleh melalukan perkara yang sama dengan ciri tambahan mengubah muzik sedia ada dengan instrumen berbeza.

image is not available

MusicGen dilatih menggunakan 20,000 jam muzik berlesen yang terdiri daripada 10,000 muzik berkualiti tinggi serta dari daripada Shutterstock serta Pond5. Dalam demo yang dikongsi, pengguna MusicGen boleh mengarahkannya untuk mengubah lagu klasik Toccata and Fugue in D Minor oleh Johan Sebastian Bach kepada muzik elektronik dari dekad 80an. Dengan ini pelbagai muzik sedia ada boleh diubah genre semudah memasukkan input teks.

MusicGen ialah sebuah lagi AI generatif yang mempunyai ciri yang sama dengan MusicLM yang diumumkan oleh Google sebelum ini.