“AI Ni Time Bomb” – Pemuda Bimbang Peningkatan Kandungan AI Dalam Dunia Penyiaran [Video]

LocalTechnology
5 Mar 2026 • 12:11 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak Kecerdasan Buatan (AI) diperkenalkan secara global, banyak negara dilihat mula mengadaptasi dengan teknologi berkenaan termasuklah Malaysia.

Ia bukan sahaja digunakan secara meluas dalam sektor pekerjaan malah ia juga membantu meningkatkan produktiviti dalam bidang pendidikan.

Bagaimanapun, segelintir individu berasa bimbang apabila sesetengah pihak tidak menggunakan AI secara berhemah sehingga akhirnya memberi kesan kepada alam sekitar.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hasilkan Video Azan Guna AI, Stesen Televisyen TV3 Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Video AI Hari Pertama Dalam Neraka: Boleh Murtad Jika Orang Islam ‘Menganjing’ Hukum Allah – UAI [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Ramal Teknologi AI Bakal Jejas Peluang Pekerjaan Rakyat Malaysia Di 9 Industri Utama

Pelajar UMS Dakwa Janaan AI Digunakan Untuk Azan

Sebelum ini seorang Jurucakap Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dikenali sebagai Khairiey menerusi satu hantaran di akaun Threads miliknya, menyeru kerajaan agar berhenti mempromosi apa-apa bahan atau kandungan janaan AI.

Dakwa lelaki itu, sebuah stesen televisyen menggunakan kandungan berunsur AI dan menyiarkannya untuk tontonan umum.

“Kau tahu tak stesen televisyen ni ada Public Broadcasting Service (PBS) di mana dia perlu menyediakan bahan-bahan siaran yang informatif dan berunsur pendidikan. Ni korang pakai AI macam menggalakkan orang pakai AI,” katanya.

Dakwanya, dia menyedari kandungan janaan AI itu apabila menonton sebuah siaran televisyen semasa menunggu waktu azan berkumandang.

“Azan pun guna AI! Kalau kau tak rasa marah tentang isu ni, aku rasa simpati dengan korang. Kerajaan perlu hentikan penggunaan media AI serta-merta,” dakwanya lagi.

View on Threads

AI Menyumbang Kepada Krisis Air Global

Khairiey menerusi satu lagi perkongsian mendakwa dunia kini sedang dalam keadaan kritikal akibat kekurangan air yang disebabkan oleh penggunaan AI tidak terkawal.

Memetik Amanz, AI menggunakan pusat data besar yang memerlukan penggunaan kuasa elektrik dan air yang tinggi. 

Satu kajian dijalankan oleh saintis data Alex de Vries-Gao mendapati pusat data AI menggunakan lebih banyak air daripada jumlah air botol yang diminum setahun sekaligus meningkatkan permintaan sumber air.

Kajian diterbitkan Patterns turut mendedahkan bahawa pusat data AI dianggarkan menggunakan antara 312.5 hingga 764.6 bilion liter air setahun, melebihi kandungan air botol diminum setahun iaitu sebanyak 446 bilion liter.

“Untuk pengetahuan semua setakat Mac 2026, Malaysia memang tak ada lagi akta yang dapat mengawal selia tentang penggunaan AI. Sebab itulah kita dapat tengok dekat media sosial pun orang pakai AI, dekat stesen tv pun pakai AI, sebab kita sekarang memang bebas. Kebebasan mutlak kepada penggunaan AI.

“AI memang ada baiknya. Tapi perlu aku ingatkan AI ni merupakan sebuah time bomb (bom masa) yang kita kena bersedia hadapi impaknya nanti.

“Dunia sedang tenat. Kita sedang menuju ke fasa krisis kekurangan air global” kata pemuda berkenaan.

Pun begitu, ada organisasi yang sudah mula mengeluarkan garis panduan dalam penggunaan AI antaranya Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) yang baru-baru ini telah memperkenalkan Garis Panduan Mengenai Kecerdasan Buatan (AI) untuk melindungi hak pencipta muzik di Malaysia.

Meskipun perkara ini bukanlah berkaitan dengan alam sekitar, namun ini menunjukkan ada pihak yang sedang mencuba atau dalam proses mengawal selia penggunaan AI di negara kita.

Sebagai info, negara di Kesatuan Eropah antara yang sudah mempunyai undang-undang berkaitan AI yang digelar EU AI Act. Malah negara Korea Selatan juga sudah mempunyai Akta asas tentang AI.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Hasil Esei Guna ChatGPT ‘Soulless’, Tak Ada Idea Original – Kajian

Baca Artikel Berkaitan: Ada Pihak Sunting Suara Doktor Guna AI Untuk Promosi Suplemen, Polis Minta Orang Ramai Waspada

Baca Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Lancar ‘AI Untuk Rakyat’, Pembelajaran Dalam Talian Tentang Artifical Intelligence

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved