AI Rufus Oleh Amazon Kini Memasuki Fasa Beta – Terhad Kepada Pelanggan Amerika Syarikat

TechnologyDigital
15 Jul 2024 • 3:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada bulan Februari tahun ini, Amazon telah melancarkan chatbot AI mereka sendiri yang dinamakan Rufus, dan dirumahkan didalam aplikasi Amazon. Dari bulan tersebut sehinggalah kini, aplikasi tersebut berada dalam fasa ujian dan baru-baru ini telah memasuki fasa beta khusus untuk para pelanggan Amazon di Amerika Syarikat.

image is not available

Rufus merupakan Chatbot yang direka untuk menyediakan pengalaman membeli-belah lebih efektif dan menyeronokkan. Ia boleh menjawab soalan pelanggan mengenai sebagai produk yang disenaraikan di Amazon. Dalam masa sama, AI generatif yang menyokongnya telah dilatih menggunakan katalog produk Amazon.

Selain daripada memberi pengguna cadangan produk yang boleh dibeli dan juga butiran mengenai produk-produk tersebut, Rufus juga boleh memberitahu pelanggan Amazon tentang produk-produk yang sedang dalam transit ataupun sedang dihantar ke rumah pelanggan. Ini mengurangkan keperluan untuk para pelanggan Amazon daripada menyegar-semula laman web untuk melihat lokasi barang-barang yang dibeli.

image is not available

Amazon mengatakan bahawa model bahasa-raya Rufus telah dilatih menggunakan kandungan dari platform Amazon sendiri, termasuklah dari laman produk dan juga komen-komen yang ditinggalkan pada platform mereka. Kandungan laman web terbuka juga digunakan untuk melatih model tersebut, tetapi tiada butiran yang diberikan tentang laman web apakah yang digunakan.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Rufus kini memasuki fasa ujian beta dan boleh dimanfaatkan oleh para pelanggan Amazon di Amerika Syarikat setakat ini. Buat masa ini masih tiada maklumat tentang penggunaan di pasaran-pasaran lain.