AI Untuk Rakyat – Daftar di Portal Rakyat Digital & Dapatkan Perisian AI Percuma 3 Bulan!

LocalTechnology
30 Jul 2026 • 3:15 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

AI untuk Rakyat merupakan program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) di negara ini.

Melalui inisiatif ini, Kerajaan Malaysia membuka peluang keemasan kepada seluruh masyarakat untuk mempelajari teknologi ini secara percuma melalui platform Rakyat Digital.

Program e-pembelajaran ini direka khusus untuk membina kemahiran digital yang diiktiraf oleh industri semasa demi mempersiapkan negara menghadapi ekonomi masa depan.

Jom ketahui lebih lanjut mengenai inisiatif AI Untuk Rakyat yang dilancarkan baru-baru ini melalui perkongsian di bawah.

Pengenalan Program AI Untuk Rakyat

AI untuk Rakyat ialah satu program pembelajaran kendiri dalam talian (e-learning) yang disediakan secara percuma oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Digital dan MyDIGITAL Corporation.

Program ini direka bentuk khusus untuk membina “Minda Digital” dalam kalangan seluruh lapisan masyarakat (pelajar, profesional, suri rumah, sehinggalah warga emas) agar tiada sesiapa yang ketinggalan dalam arus teknologi.

Program ini dibahagikan kepada dua bahagian: ‘Kesedaran AI’ atau turut dikenali sebagai ‘AI Aware’ dan ‘Hargai AI’ atau ‘AI Appreciate’.

Kedua-dua bahagian boleh disiapkan dalam masa kira-kira empat jam. Setiap bahagian adalah berdasarkan konsep berkaitan AI yang dijelaskan melalui aktiviti dan kuiz yang menarik.

ai untuk rakyat
Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Selepas melepasi kuiz ini, pengguna akan menerima lencana yang boleh ditunjukkan dalam akaun media sosial mereka. Pengguna boleh mengambil kuiz ini seberapa banyak yang mereka mahu. Selepas mereka menyelesaikan kuiz ini, mereka menjadi pemegang lencana AI Aware dan AI Appreciate.

Selepas menyelesaikan kedua-dua bahagian, pengguna boleh teruskan dengan membuat rancangan pembelajaran kendiri untuk diri mereka sendiri. Mereka boleh memilih domain yang mereka minati dan memulakan perjalanan pembelajaran AI kendiri mereka.

Program AI untuk Rakyat tersedia dalam 4 bahasa dan keseluruhan kandungannya serasi dengan pelbagai aplikasi cakap balik untuk menjadikannya boleh diakses sepenuhnya oleh orang kurang upaya penglihatan.

Platform AI untuk Rakyat telah dimigrasikan ke portal baharu iaitu Rakyat Digital (https://portal.rakyatdigital.gov.my/).

    ai untuk rakyat

    Untuk Siapakah Program Ini? Siapa Perlu / Boleh Sertai?

    Program ini adalah untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang AI. Ia bukanlah untuk memahirkan/melatih atau menjadikan sesiapa sahaja sebagai pakar AI, tetapi untuk memberikan pemahaman asas tentang AI dan pemerkasaan pengetahuan yang cukup untuk berkomunikasi tentang AI.

    Program ini tersedia dalam 4 bahasa: Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

    Keseluruhan kandungan adalah serasi dengan pelbagai aplikasi cakap balik untuk menjadikannya boleh diakses sepenuhnya oleh orang kurang upaya penglihatan.

    Program Pembelajaran

    Program ini dibahagikan kepada dua bahagian: AI Aware, dan AI Appreciate.

    • AI Aware: Pemahaman asas AI, kegunaan dalam kehidupan seharian, serta perbincangan mengenai mitos dan salah tanggapan tentang teknologi ini.
    • AI Appreciate: Pengetahuan tentang domain utama AI seperti Computer Vision (Visi Komputer), Natural Language Processing (Pemprosesan Bahasa Semula Jadi), dan data statistik. Ia turut membincangkan kesan AI terhadap pelbagai industri, AI Ethics (Etika AI), dan prinsip pembangunan AI yang bertanggungjawab.

      Kedua-dua bahagian boleh disiapkan dalam masa kira-kira empat jam.

      ai untuk rakyat
      Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
        Image from: AI Untuk Rakyat – Daftar di Portal Rakyat Digital & Dapatkan Perisian AI Percuma 3 Bulan!

        Cara Daftar AI Untuk Rakyat

        Semua rakyat Malaysia dijemput untuk mendaftar dan memulakan sesi kendiri AI ini secara percuma terus melalui portal rasmi Rakyat Digital.

        Mana-mana peranti pintar seperti Telefon Pintar, Komputer riba atau Desktop dan sambungan internet yang baik dengan lebar jalur minimum 512kBps adalah prasyarat untuk program ini.

        Peserta yang sebelum ini telah mendaftar melalui https://aiur.ai.gov.my/ hanya perlu log masuk menggunakan maklumat akaun sedia ada untuk mengakses kursus baru dan lencana digital anda di platform baru (Rakyat Digital).

        ai utuk rakyat 2

        Pendaftaran platform Rakyat Digital

        Bagi yang belum membuat pendaftaran di mana-mana platform, anda boleh terus ke pautan berikut: https://rakyatdigital.gov.my/

        Klik “Register” di halaman utama dan lengkapkan borang pendaftaran seperti di bawah. Atau, anda boleh klik “Daftar menggunakan Google” untuk lebih mudah.

        Setelah selesai proses pendaftaran, anda boleh ikuti kursus-kursus yang ditawarkan dalam platform ini secara PERCUMA.

        ai untuk rakyat 3

        Apakah yang saya dapat selepas selesaikan program ini?

        1. Keyakinan & Literasi AI (Semua Lapisan Umur)

        Selepas tamat, anda akan menguasai konsep asas AI, memahami aplikasinya dalam industri, serta tidak lagi terpengaruh dengan mitos teknologi.

        Anda akan menjadi lebih yakin untuk bercakap, berbincang, dan menggunakan teknologi ini untuk mempermudah kerja seharian serta kekal relevan dalam industri.

        2. Dua Lencana Digital Rasmi (Semua Lapisan Umur)

        Anda akan dianugerahkan lencana digital rasmi iaitu AI Aware dan AI Appreciate.

        Lencana ini boleh dikongsikan secara meluas di platform media sosial profesional seperti LinkedIn atau Facebook untuk membuktikan literasi digital anda kepada majikan.

        Langganan Perisian AI Percuma 3 Bulan (Khas Belia 18–30 Tahun) – BERMULA 31 OGOS 2026

        Selain dua manfaat di atas, anda juga berpeluang untuk mendapatkan langganan perisian AI percuma selama 3 bulan sekiranya berjaya menyiapkan kursus tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan.

        Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mengumumkan inisiatif ini untuk 100,000 belia yang berumur 18-30 tahun.

        Pendaftaran insentif ini akan dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 2026.

        Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: Perisian AI Percuma untuk Belia Selama 3 Bulan – Wajib Siapkan Kursus Disediakan

        ai untuk rakyat 4
        ai untuk rakyat 5

        Saya telah menamatkan program ini. Apakah langkah seterusnya?

        Setelah menyelesaikan modul asas AI untuk Rakyat (AI Aware & AI Appreciate), anda telah berjaya membina ‘Minda Digital’.

        Langkah seterusnya, anda boleh membina rancangan pembelajaran kendiri dengan mengikuti siri kursus lanjutan yang disediakan oleh Kementerian Digital, antaranya:

        • Generatif AI (Generative AI): Memahami bagaimana mesin mencipta kandungan asli seperti teks, imej, dan kod.
        • Agentic AI for All: Meneroka sempadan baharu sistem AI yang bertindak secara autonomi dan berinisiatif.
        • AI Safety (Keselamatan AI) & CyberSAFE®: Mempelajari etika dan keselamatan siber dalam ekosistem digital.
        • Cloud untuk Rakyat: Memahami asas teknologi pengkomputeran awan.

        Paling menarik, jika anda berada dalam kumpulan umur 18-30 tahun dan berjaya menyelesaikan siri modul lanjutan yang ditetapkan, anda layak memohon akses langganan perisian AI secara percuma selama 3 bulan yang dibuka bermula 31 Ogos ini!

        Perisian AI Percuma untuk Belia

        Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Program AI Untuk Rakyat

        • Pendaftaran Rasmi: Mula belajar hari ini di Laman Rasmi Rakyat Digital.
        • Pertanyaan & Sokongan Teknikal: Jika anda menghadapi masalah log masuk atau migrasi akaun, sila hubungi e-mel rasmi bantuan di support@rakyatdigital.gov.my.

        Soalan Lazim

        Apakah itu AI untuk Rakyat?

        Program pembelajaran kendiri dalam talian untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai Kecerdasan Buatan (AI).

        Siapakah yang boleh menyertai program ini?

        Terbuka kepada semua lapisan masyarakat Malaysia termasuk pelajar, suri rumah, profesional, dan warga emas.

        Adakah program ini percuma?

        Ya, akses kepada portal dan semua modul asas serta lanjutan adalah 100% percuma.

        Berapakah tempoh masa kursus asas?

        Mengambil masa kurang daripada 4 jam secara keseluruhan.

        Bagaimanakah cara untuk mendaftar?

        Layari Portal Rakyat Digital dan klik ‘Register’ menggunakan akaun Google (Gmail) atau e-mel rasmi.

        Apakah bentuk pengiktirafan yang akan diterima?

        Anda akan mendapat lencana digital rasmi AI Aware dan AI Appreciate.

        Di manakah saya boleh memuat turun lencana/sijil?

        Selepas log masuk, sijil boleh diakses di bahagian ‘Sijil Saya’ dalam papan pemuka profil anda.

        Adakah penjawat awam wajib mengambil kursus ini?

        Ya, arahan rasmi menetapkan penjawat awam melengkapkan program ini bagi mendapatkan lencana asas.

        Apakah syarat mendapatkan langganan AI percuma 3 bulan?

        Khusus untuk belia Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun yang menyelesaikan siri kursus lanjutan baharu.

        Bilakah program belia ini bermula?

        Pendaftaran dan modul baharu akan dibuka secara rasmi pada 31 Ogos.

        Newswav Malaysia Best News App

        Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

        Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved