Aidiladha 2025: JPJ Laksana Operasi Khas, Tumpu 9 Kesalahan Utama

LocalPolitics
29 May 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Bagi mengurangkan kadar kemalangan ketika musim perayaan, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Aidiladha 2025 bermula 4 Jun hingga 10 Jun ini.

Operasi itu bertujuan untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan ke atas pengguna jalan raya yang melanggar peraturan jalan raya.

image is not availableimage is not available

Untuk itu, JPJ akan memfokuskan sembilan kesalahan utama yang sering dilakukan menjadi punca utama kemalangan jalan raya.

Berikut adalah perinciannya:

Memandu melebihi had laju

Tidak mematuhi isyarat lampu merah

Memotong di garisan berkembar

Memandu di lorong kecemasan

Memotong barisan

Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

Tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar

Memandu kenderaan berat di lorong laju

Lebih muatan

Selain itu, JPJ turut melaksanakan beberapa strategi utama penguatkuasaan seperti berikut:

Pemantauan dan pemeriksaan audit operasi bas di depohOps Khas 9 Kesalahan UtamaOps Khas Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas) termasuk audit di terminalOps Khas Kenderaan Perkhidmatan BaranganOps Khas MotosikalOps Khas Teknikal

image is not available

Pelaksanaan operasi ini sebenarnya bertujuan untuk mengurangkan kadar kematian dan kecederaan akibat kemalangan sekurang-kurangnya 50 peratus menjelang tahun 2030.

Sehubungan itu, anda boleh membuat aduan berhubung melalui aplikasi MyJPJ (menu e-Aduan@jpj) atau dihantar terus ke emel aduantrafik@jpj.gov.my.