Aidiladha Disambut 10 Julai

29 Jun 2022 • 8:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mohd Aseral Jusman - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada Ahad, 10 Julai depan.

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman berkata, 1 Zulhijjah 1443 Hijrah ditetapkan pada hari Jumaat iaitu 1 Julai ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1443 Hijrah ialah pada hari Jumaat 1 Julai 2022.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban iaitu 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad 10 Julai 2022,” katanya dalam siaran khas pengumuman tarikh Hari Raya Aidiladha hari ini. – Getaran, 29 Jun 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved