Aidiladha: Peniaga diingatkan tidak ambil kesempatan naikkan harga barangan

1 Jun 2024 • 5:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengingatkan para peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, apabila permintaan tinggi terutama menjelang Aidiladha ini.

Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata lebih 2,200 penguat kuasa dan 1,000 pegawai pemantau harga KPDN, akan digerakkan setiap hari di premis termasuk kedai runcit dan pasar raya seluruh negara bagi memastikan tiada peniaga menaikkan harga sewenang-wenangnya.

“Kita ada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan tindakan tegas boleh diambil tindakan sekiranya berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah. Musim perayaan permintaan untuk barangan adalah tinggi, jadi kita harap peniaga tidak menaikkan harga.

“Tiada pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidiladha, tapi KPDN kawal seperti biasa dan penguat kuasa sentiasa melakukan pemantauan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) 2024 di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Beliau berkata KPDN juga proaktif melakukan pemantauan terhadap bekalan barangan asas dalam negara termasuk minyak masak paket untuk keperluan isi rumah, bagi memastikan tiada ketirisan berlaku berikutan ada restoran yang turut menggunakannya.

Sementara itu, Fuziah berkata lebih 60,000 kilogram makanan dan minuman dengan anggaran nilai RM700,000, berjaya diselamatkan di 147 bazar Ramadan seluruh negara menerusi program MySaveFood Ramadan lepas membabitkan 2,000 sukarelawan.

Beliau berkata kempen digerakkan kementerian dengan rakan strategik iaitu Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia dan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu, turut bertujuan membentuk keperibadian baik dalam kalangan anak muda.

“Program itu juga mendapat kerjasama setiap pihak berkuasa tempatan dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Kita berhasrat program ini dapat diteruskan ke pasar malam pula selepas ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.