Aidilfitri 2025: 2 Juta Kenderaan Dijangka Memasuki Kelantan

17 Mar 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Trafik masuk ke Kelantan dijangka sesak (Gambar hiasan)

Sebanyak 2 juta kenderaan dijangka akan memasuki Kelantan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, dedah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

image is not available

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah

Menurut Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, aliran trafik itu dijangka tertumpu di tiga laluan utama yang menghubungkan negeri itu, iaitu melalui Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli.

Lonjakan trafik dijangka bermula pada 28 Mac, berikutan ramai perantau yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

"Kita jangka bermula hari Jumaat pada 28 Mac, laluan akan mula sesak di semua laluan masuk ke Kelantan. Justeru kita mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

187 Pegawai Ditugaskan Sepanjang Ops Hari Raya

Dalam usaha memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya, JPJ Kelantan akan melaksanakan Ops Hari Raya Aidilfitri dengan menempatkan 187 pegawai dan anggota penguat kuasa di beberapa lokasi strategik.

Sumber: HM