Aidilfitri 2025: KTMB Sediakan 12,600 Tiket Tambahan ETS

LocalTravel
4 Mar 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sempena ketibaan Hai Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan 12,600 tiket tambahan perkhidmatan tren elektrik (ETS) bagi memenuhi permintaan pengguna.

Tiket ETS tambahan itu sudah pun mula dijual sejak pagi tadi. Bagi melancarkan operasi sempena perayaan itu, KTMB menyediakan empat ETS tambahan bagi tempoh 28 Mac hingga 6 April 2025.

image is not available

KTMB dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, perkhidmatan tambahan itu melibatkan dua perjalanan bagi laluan KL Sentral - Padang Besar - KL Sentral serta dua perjalanan bagi laluan KL Sentral - Butterworth - KL Sentral.

“Langkah ini diambil bagi menampung permintaan tinggi susulan tiket perkhidmatan tren ETS sedia ada telah habis dijual,” katanya.

Jadual operasi tren ETS tambahan ini adalah seperti berikut:

image is not available

Tiket boleh didapati secara tanpa tunai melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my, atau di mesin kios KTMB.