Aidilfitri: Aliran trafik KL-Kota Bharu melalui Gua Musang meningkat

LocalTravel
27 Mar 2025 • 1:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bilangan kenderaan bertambah di sepanjang laluan Gua Musang-Kota Bharu, terutamanya melibatkan kenderaan memasuki Kelantan. Gambar hiasan

KOTA BHARU - Aliran trafik dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui Gua Musang menunjukkan peningkatan berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, bilangan kenderaan bertambah di sepanjang laluan Gua Musang-Kota Bharu, terutamanya melibatkan kenderaan memasuki Kelantan.

"Pergerakan trafik masih terkawal, namun terdapat sedikit kesesakan di beberapa lokasi utama. Pihak polis telah menggerakkan semua anggota trafik dan tugas am dalam operasi khas bagi memastikan kelancaran aliran kenderaan,” katanya pada Khamis.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya agar merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kesesakan lebih teruk, terutamanya di kawasan tumpuan tinggi. - Bernama