Aidilfitri: APM Guna 28 Dron Untuk Pantau Trafik, Kemalangan, Bencana

LocalTechnology
27 Mar 2025 • 8:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menggunakan 28 unit dron berteknologi tinggi bagi membantu penugasan Op Prihatin Siri 2 di seluruh negara sempena Aidilfitri.

Dron itu akan mula digunakan pada hari ini hingga 6 April 2025. Difahamkan, hanya dua unit dron akan ditempatkan di setiap negeri bagi membantu pemantauan trafik dan bencana.

image is not available

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed, berkata teknologi itu berupaya membantu pihaknya mengawasi lalu lintas dan mengenal pasti lokasi kemalangan atau kecemasan dengan lebih pantas seperti tanah runtuh serta jalan rosak, sekali gus dapat menyelaraskan bantuan dengan lebih efisien.

"Dron itu juga berperanan dalam rondaan keselamatan, terutama di kawasan berisiko tinggi yang sukar diakses pasukan bertugas," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved