Aidilfitri: Kerajaan tambah bekalan diesel, RON95

20 Apr 2023 • 2:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Salahuddin Ayub

PONTIAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menambah bekalan diesel dan petrol bersubsidi RON95 di seluruh negara bagi menampung keperluan pengguna ketika musim perayaan.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, penambahan bekalan itu bermula dari Jumaat sehingga 5 Mei depan.

"Kerajaan telah meluluskan kuota tambahan bagi diesel dan petrol bersubsidi RON95 kepada 4,030 stesen minyak di seluruh negara.

"Kementerian lihat terhadap keperluan untuk tambah diesel dan petrol bersubsidi ketika ini.

"Rakyat jangan risau, bekalan petrol dan diesel tahun ini mencukupi memandangkan permintaan tinggi ketika Aidilfitri, Hari Pekerja dan Hari Wesak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Jualan Rahmah Daging Import di Pasaraya Econsave Pontian di sini pada Khamis.

Pada Aidilfitri tahun lepas, beberapa stesen minyak dilaporkan mengalami masalah kehabisan bekalan petrol akibat berlakunya penjualan luar biasa kali ini sehingga 50 peratus membabitkan kawasan di sekitar Pantai Timur.

Situasi itu turut menyebabkan beberapa stesen minyak terpaksa ditutup sementara kerana kehabisan bekalan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved