Aidilfitri: KPDN jamin bekalan petrol, diesel cukup

3 Apr 2024 • 8:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azman (kiri) semasa sidang akhbar selepas Majlis Iftar KPDN di Kota Bharu pada Rabu.

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan memberi jaminan bekalan bahan api diesel dan petrol mencukupi dalam menampung permintaan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, KPDN sudah membuat penjadualan bagi memastikan semua stesen memperoleh bekalan yang mencukupi.

"Kita sudah ada jadual pasukan yang akan mengiringi lori-lori minyak dari sempadan Terengganu dan Gua Musang bagi melancarkan agihan bekalan ke stesen-stesen yang memerlukan.

"Pada masa sama kita turut mengaktifkan bilk kawalan bermula sebelum dan selepas Aidilfitri bagi memastikan bekalan tidak terputus," katanya semasa sidang akhbar selepas Majlis Iftar KPDN di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Azman memberitahu, pihaknya akan memastikan bekalan minyak masak peket mencukupi sebelum dan selepas Aidilfitri.

Ujarnya, pertemuan dengan pembungkus minyak masak telah diadakan bagi membincangkan stok bekalan bahan mentah itu.

Beliau berkata, KPDN akan memastikan semua 18 kilang pembungkus minyak masak menghantar bekalan setiap hari.

"Kita akan pastikan mereka hantar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Proses ini akan berterusan sehingga selepas Aidilfitri. Kita akan pastikan bekalan sentiasa ada di pasaran," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved