Aidilfitri: Lebih 16,000 Tiket Raya Ke Kelantan "Licin" Dalam 4 Jam

LocalTravel
7 Mar 2025 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Bayangkan dalam masa empat jam, lebih 16,000 tiket bas ekspres dari Kuala Lumpur Ke Kota Bharu, habis dijual, pada 2 Mac lalu.

Perkara itu diakui Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail. Menurutnya, pihaknya menyediakan 16,545 tiket bas eksppres ke Kelantan sempena Aidilfitri namun kesemua tiket itu sudah habis dijual dalam masa empat jam.

image is not available

Menurutnya, tiket yang dijual itu membabitkan tarikh 26 hingga 30 Mac ini . Pihaknya, menyediakan 71 trip perjalanan balik raya dengan 46 daripadanya adalah perjalanan Kuala Lumpur- Kelantan.

"Tiket mula dijual jam 12 tengah malam dan habis dalam jam 4 pagi yang dibeli secara dalam talian sama ada melalui laman web rasmi syarikat atau aplikasi tiket dalam talian seperti Red Bus,” katanya.