Aidilfitri lebih bermakna bagi penerima Rumah SMJ

7 Apr 2024 • 3:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BEAUFORT: Penantian sekian lama seorang nelayan untuk memiliki kediaman lebih sempurna akhirnya tercapai apabila rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) miliknya kini siap sepenuhnya untuk didiami.

Bagi Aha’at Madi, 55, bantuan kerajaan negeri itu adalah satu rahmat buat mereka sekeluarga yang sebelumnya hanya mampu tinggal di rumah kecil yang sudah usang di Kampung Kangsa, di sini.

Masakan tidak, dengan pendapatan tidak menentu sebagai nelayan kampung yang hanya mampu meraih sekitar RM500 sebulan, sudah tentu bapa kepada tiga anak ini tidak mampu memiliki rumah baharu.

“Saya hanya seorang nelayan kampung dengan pendapatan tidak seberapa yang sudah tentu tidak mampu bina rumah baharu yang lebih selesa, di tambah lagi dengan semua anak yang masih bersekolah.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Justeru, saya amat gembira dengan bantuan rumah SMJ ini yang memberikan satu harapan baru buat kami sekeluarga, seterusnya menjadikan Aidilfitri kali ini lebih bermakna.

“Terima kasih kepada kerajaan dan penghargaan juga kepada Datuk Ruslan Muharam hingga saya menerima bantuan ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Kunci Rumah SMJ, di sini.(6 April)

Hadir sama Ahli Parlimen Sipitang yang juga Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (Sabah), Datuk Matbali Musah dan Pegawai Daerah Beaufort, Nazri Ajun.

Aha’at adalah salah seorang daripada 16 penerima rumah SMJ kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Lumadan yang disampaikan Adunnya, Datuk Ruslan Muharam.

Sementara itu, Ruslan yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, sebanyak 20 buah rumah SMJ disediakan kerajaan negeri untuk setiap 73 Dun di seluruh Sabah.

Katanya, untuk Dun Lumadan, sebanyak 20 buah sudah disiapkan dan telah diserahkan kepada penerima termasuk mereka yang terlibat dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah SMJ itu.

“Sebanyak RM1.6 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi pembinaan 20 buah rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) di kawasan Dun Lumadan tahun lalu yang dilaksanakan secara berfasa.

“Untuk tahun ini, sebanyak 40 buah rumah SMJ lagi akan dibina iaitu masing-masing 20 buah di Dun Lumadan dan Klias yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini,” katanya.

Ruslan berkata, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) juga tidak ketinggalan dalam usaha kerajaan negeri ini dengan memperuntukkan bantuan pembinaan rumah sebanyak 10 unit untuk golongan miskin di Dun Lumadan tahun ini.

“Inisiatif ini jelas menunjukkan kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat selari dengan agenda SMJ,” katanya.

Terdahulu, Ruslan turut menyampaikan watikah pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kepada 25 pengerusi di majlis itu.

View Original Article