Aidilfitri: LIGS agih bantuan kepada 86,617 pekebun kecil

20 Apr 2023 • 1:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) mengagihkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada 86,617 pekebun kecil getah di negeri ini bermula 17 April.

Pengerusi LIGS Datuk Edward Linggu berkata bantuan RM200 seorang itu akan dinikmati semua pekebun kecil getah di Sabah sebagai tambahan kepada Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800 awal tahun ini.

“Kita berharap bantuan yang secara keseluruhannya berjumlah RM17.3 juta ini mampu meringankan beban kewangan para pekebun kecil getah, terutamanya bagi merayakan Aidilfitri tahun ini,” katanya.

Linggu menegaskan, kerajaan sentiasa prihatin kepada kebajikan pekebun kecil getah di negeri ini, di mana bagi tahun ini, Kerajaan melalui LIGS telah mengagihkan BKKA dan BMT berjumlah RM1,000 kepada setiap pekebun kecil yang layak.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Linggu seterusnya menzahirkan

harapan agar pekebun kecil terus menoreh dan meningkatkan lagi produktiviti.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Bubur Lambuk Badan Kebajikan Islam, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.

Majlis tersebut dilancarkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan. Hadir sama Pengarah Veterinar Sabah Dr Hajah Normah Yusop.

Pada awal tahun ini, LIGS telah mengagihkan BMT dengan kadar RM800 seorang kepada 86,617 pekebun kecil di Sabah, melibatkan jumlah keseluruhan RM69.3 juta.

“Ini telah menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang telah diagihkan kepada pekebun kecil di Sabah pada tahun ini berjumlah RM86.6 juta,” katanya.

Menurut Linggu, LIGS sentiasa peka dan mengambil pendekatan yang berkesan bagi membantu dan meningkatkan taraf hidup para pekebun kecil di Sabah.

Katanya, LIGS sentiasa peka dan prihatin terhadap isu-isu yang dihadapi oleh para pekebun kecil dan sentiasa berusaha menerokai pelbagai pendekatan signifikan untuk memajukan masyarakat pekebun kecil getah di Sabah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.