Aidilfitri: MAIK gesa rakyat jaga kesihatan

21 Apr 2023 • 4:31 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menggesa rakyat di negeri ini mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kesihatan ketika musim perayaan termasuk memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.

Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata ia berikutan negeri Kelantan telah mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, selain turut berlaku peningkatan jangkitan kes Covid-19.

“MAIK mengajak semua rakyat untuk berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama kerana dijangka berlaku pertambahan bilangan kemasukan anak perantauan ke negeri ini dan berharap agar semua dapat memastikan musim perayaan disambut dengan selamat.

“MAIK juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam, khususnya kepada umat Islam di Kelantan,“ katanya dalam kenyataan hari ini. -Bernama