Aidilfitri: Plus Tambah 3 Lokasi Lagi Untuk Smartlane

LocalTravel
19 Mar 2025 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan Smart Lane di 28 lokasi bagi melancarkan pergerakan trafik di lokasi-lokasi kritikal sempena perayaan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir. Zakaria Ahmad Zabidi berkata, jumlah tersebut menunjukkan pertambahan sebanyak tiga lokasi berbanding 25 Smart Lane yang dibuka ketika perayaan Tahun Baharu Cina lalu.

image is not available

“Pengguna lebuh raya diminta mematuhi arahan semasa oleh petugas di lokasi dan memberi kerjasama sepenuhnya ketika Smart Lane diaktifkan.

“Laluan itu hanya boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang Ketika Smart Lane diaktifkan, had laju yang disarankan bagi pengguna laluan ini adalah sekitar 60 kilometer per jam,” katanya

Untuk makluman, laluan Smart Lane boleh dikenal pasti melalui paparan Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing Light) dan papan tanda pemberitahuan di lokasi yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang memandu di lorong kecemasan dan di lokasi yang tidak mempunyai Smart Lane bagi mengelakkan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.