Aidilfitri: Terengganu Umum Ahad Hari Kelepasan Am

26 Mar 2025 • 8:28 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Aidilfitri: Terengganu Umum Ahad Hari Kelepasan Am

KUALA TERENGGANU, (Bernama) — Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Ahad ini (30 Mac) sebagai Hari Kelepasan Am bersempena dengan Aidilfitri.

“Kerajaan negeri telah bersetuju untuk menjadikan hari Ahad, 30 Mac 2025 sebagai cuti peristiwa atau Hari Kelepasan Am sempena Aidilfitri 1446 Hijrah.

“Manfaatkan ruang ini untuk bersama keluarga tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,” kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi satu kenyataan di Facebooknya, malam ini.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri ada mempertimbangkan untuk memberikan cuti tambahan pada 30 Mac ini bersempena dengan sambutan Aidilfitri.

Sumber: BERNAMA