Aidit Noh & Isteri Diuji Dengan Sihir Pemisah, Kini Pulih Sepenuhnya – “Kami Takut Berdendam Dengan Pelakunya”

Entertainment
20 Jul 2023 • 10:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Aktor Aidit Noh mendedahkan dia dan isterinya, Nur Atiqah Hanani mengalami episod hitam dalam rumah tangganya sekitar tahun lalu.

Ujarnya, terdapat individu yang tidak diketahui telah menghantar sihir pemisah kepada mereka berdua namun selepas berubat, pasangan itu kini sudah pulih sepenuhnya.

Cerita pelakon berusia 30 tahun itu, meskipun kini sudah pulih dia dan isteri mengambil iktibar dan sentiasa berhati-hati selain memilih untuk tidak mahu mengambil tahu siapa pelakunya.

Kami juga bimbang kalau ada rasa kurang selesa dan berdendam apabila tahu pelakunya. Kita ini manusia biasa dan tidak sempurna. Jadi, kami juga tidak mahu mengaitkan sesiapa kerana takut berlaku fitnah pula. Justeru, dah baik sekarang pun Alhamdulillah sangat.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aidit Noh (@aiditnohh)

Dia dan isteri juga menganggap apa yang telah berlaku itu sebagai tanda sayang Allah agar mereka berdua beringat untuk sentiasa beramal kepadaNya.

Difahamkan, Aidit dan Nur Atiqah terkena gangguan sihir tersebut ketika dia terlibat dalam penggambaran drama berdiri Dosa Seorang Isteri yang melonjakkan namanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 week ago

“Angkara Dengki, Hati Busuk..” - Nora Ariffin Dakwa Terkena Gangguan Sihir Pemisah?

View Original Article