Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Entertainment
18 Apr 2024 • 4:33 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar Instagram zahirahmacwilson, aimanhakimridza

KUALA LUMPUR - Pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson mengumumkan bakal menimang cahaya perempuan tidak lama lagi.

Jantina anak kedua pasangan itu didedahkan satu majlis yang diadakan di kediaman mereka, yang dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.

Video pengumuman berkenaan turut dikongsi menerusi akaun Instagram masing-masing.

image is not available

Aiman dan Zahirah yang berkahwin pada Februari 2020 itu sudah mempunyai seorang anak lelaki, Isaas Raees yang kini berusia tiga tahun.

Pada Disember lalu, pasangan itu mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua tahun ini, selepas menjalani pemeriksaan ujian bunyi.

Sebelum ini, Zahirah memaklumkan berat badannya naik lebih 10 kilogram sejak mengandung anak kedua, namun masih sibuk memenuhi tuntutan kerja. - Getaran, 18 April 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved