
PELANTIKAN penyanyi vokal hebat, Aina Abdul, sebagai juri jemputan program realiti nyanyian terbitan Mediacorp, Anugerah 2026 di Singapura mencetuskan perhatian hangat dalam kalangan netizen.
Kemunculannya di kerusi penjurian bukan hanya menjadi penghias pentas, malah komen serta ulasan diberikan menerima pujian netizen.
Sebelum kehadiran Aina, terdapat suara penonton mempersoalkan sistem pemarkahan program terbabit, malah ada mendakwa pembahagian markah kelihatan kurang konsisten.
Kedudukan sesetengah peserta turut dipertikaikan kerana dianggap tidak selari dengan kualiti vokal dipersembahkan, namun selepas Aina memulakan tugasnya pada Selasa lalu, gaya penjurian lebih terperinci mula mendapat perhatian.
Menariknya, Aina dilihat tidak sekadar memberi pujian kosong, sebaliknya menyentuh aspek teknikal, vokal, penghayatan serta kelemahan peserta secara terus tetapi membina.
Penonton turut memuji pendekatannya kerana penjelasan diberikan membantu mereka memahami sebab sesuatu markah diberikan.
DIVA: Teringat Aisha Retno pernah dikecam ketika menjadi juri Big Stage selepas ada netizen mendakwa gaya penjurian serta personalitinya terlalu ‘try hard’.
The post Aina Abdul tak kosong, jadi juri pun bagus appeared first on Kosmo Online.
