“Air Dicincang Takkan Putus Tapi..” – Bergaduh Adik Beradik, Ramai Terhibur Sajat Sempat Buat Lawak

23 Nov 2022 • 2:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok mengenai pergaduhan antara usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat dengan adik perempuannya, Nur Mustika yang dilihat berbalas-balas kenyataan di media sosial.

Menerusi temu bual bersama Mstar, Mustika mengakui ‘koyak’ dengan abangnya selepas cuba untuk bersemuka di dalam sesi ‘Live’ untuk menyelesaikan masalah di antara mereka namun ditolak.

Malah, adik bongsu itu turut meminta Sajat berhenti ‘play vicitim’ dan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya dan keluarga.

Jujur saya memang koyak bila dia reject invite, saya memang cepat koyak mungkin sebab saya sayang dia.

Namun, berbeza pula dengan reaksi Sajat yang seperti tidak mengambil peduli mengenai isu itu dan enggan memanaskan lagi keadaan.

Menerusi sesi Live di TikTok, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sempat berseloroh mengubah pepatah ‘Air dicincang tidak akan putus’.

Seperti yang semua ketahui, maksud pepatah berkenaan ialah perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.

Itu pepatah zaman dulu nenek moyang kita, tapi pepatah sekarang dah changed. Pepatah dah ada upgrade.

Jelasnya lagi, pepatah itu boleh diubah dengan menutup pili air tersebut supaya air tidak mengalir lagi.

Air dicincang takkan putus.. tapi kalau tutup paip terhentilah air tu. Jangan amalkan pembaziran.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan respon Sajat yang sempat membuat lawak dalam keadaan dirinya berada di dalam tekanan dengan masalah keluarga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"Jangan Nak 'Play Victim'" - Sajat Menangis Teruk Ketika 'Live', Tolak Ajakan Mustika Untuk Bersemuka Di TikTok