Saya menghayati peribahasa “air dicincang tidak akan putus” bermaksud perselisihan atau pergaduhan antara adik-beradik atau kaum keluarga tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula. Hubungan persaudaraan atau darah yang sangat rapat itu tidak mungkin dapat dipisahkan. Ia menekankan bahawa ikatan kekeluargaan adalah sangat kuat dan mengatasi perbalahan sementara. Jika adik-beradik bergaduh keras mana pun, hati mereka akan kembali bertaut semula. Peribahasa ini sama maksudnya dengan “air ditetak tiada akan putus” dan ”carik-cark bulu ayam, lama-lama bercantum juga." (https://maksudperibahasa.com)

Saya, abang sulung kepada 4 beradik: Mustapha, Jamaluddin & Norlida Hanom. Ayah kami, Baharom Mat Alif, telah meninggal dunia, pada tahun 1972, dan ibu, Hajah Aminah binti Haji Mat Desa, turut meniggal dunia pada tahun 2023. Saya menerima tanggungjawab menjaga ibu dan adik-adik setelah ayah meninggal dunia. Mereka bersetuju tinggal bersama saya pada ketika itu bekerja di Ipoh dan Kuala Kangsar. Adik-adik telah dapat terus bersekolah. Apabila saya berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur, saya telah mendirikan sebuah rumah untuk ibu di Kampung dan adik bongsu, Norlida menyertainya.
Semasa hayatnya, rumah ibu menjadi tempat kami berkumpul pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anak-anak kami juga suka balik kampung bila cuti sekolah. Ibu adalah tunjang utama keharmonian keluarga kami, bertindak sebagai pendidik, pengurus emosi, dan nadi penyayang yang membentuk sahsiah kami. Seperti “rumah ibu” dalam tradisi Melayu, ibu berfungsi sebagai pusat yang menyatukan & mengeratkan ikatan keluarga Kami.

Sejak pemergian ibu pada 25 Jun 2023, kami tiada lagi balik kampung ke “rumah ibu” untuk meraikan Ramadan, Aidifitri dan Aidiladha. Kami telah beraya bersama keluarga masing-masing di rumah sendiri: saya di Putrajaya, Mus di Kuala Selangor, Jamal di Melaka, dan Eda sahaja di kampung. Alhamdulillah, sempena bulan Syawal tahun ini, Eda dan suaminya, Din telah melangsungkan Majlis Perkahwinan anaknya, Nazhiim dengan Farra, dan menjemput kami dan semua keluarga. Kegembiraan berjumpa adik-beradik adalah nikmat yang tidak ternilai, mengimbau kenangan bersama dan menguatkan silaturrahim.
Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
