‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’, Filem Kedua Raih Pencalonan Tertinggi Di FFM32 

Movie
1 Dec 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See adalah filem kedua yang meraih pencalonan tertinggi dengan 13 kategori setelah filem 'Spilt Gravy' - Gambar Fail

Tiga filem terbitan Multimedia Film Productions iaitu Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Rasuk dan Tiga Janda Melawan Dunia telah dicalonkan ke Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32).

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See adalah filem kedua yang meraih pencalonan tertinggi dengan 13 kategori setelah filem Spilt Gravy.

Antara kategori pencalonan filem ketenteraan tersebut adalah Pengarah Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.

Filem seram Rasuk pula tercalon untuk dua kategori iaitu Pelakon Lelaki Harapan dan Tatarias Terbaik. Manakala filem ‘Tiga Janda Melawan Dunia’ menerima dua pencalonan untuk kategori Pengarah Harapan dan Rekaan Busana.

image is not available

Mengulas mengenai pencalonan tersebut, Produser Eksekutif Multimedia Film Productions, Keoh Chee Ang berkata, tiga filem tersebut berada dalam kelompok Lima Terbaik adalah satu penghormatan kepada pihak syarikat. 

“Kami gembira dengan pencalonan tiga filem terbitan syarikat ini untuk anugerah berprestij ini dan menganggapnya sebagai ganjaran kepada kami semua. Terima kasih kepada barisan juri dan FFM, pencalonan ini amat bermakna buat kami,” katanya.

FFM32 bakal berlangsung di Encore, Melaka pada 2 Disember ini dan akan bersiaran secara langsung di TV2 pada jam 9.00 malam. – Getaran, 1 Disember 2022

 

Berikut senarai penuh kategori pencalonan ketiga-tiga filem terbitan Multimedia Film Productions dalam FFM32: - 

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa 

1. Kesan Khas Visual Terbaik

2.  Lagu Tema Terbaik

3. Pelakon Lelaki Terbaik (Dato’ Adi Putra)

4.  Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Nas-T)

5.  Pelakon Wanita Terbaik (Sara Ali)

6.  Penataan Bunyi Terbaik

7.  Penyunting Terbaik

8.  Rekaan Busana Terbaik

9.  Sinematografi Terbaik 

10.  Skor Muzik Asal Terbaik

11.  Tatarias Terbaik 

12. Pengarah Terbaik (Zulkarnain Azhar & Frank See)

13. Cerita Asal Terbaik

Rasuk 

1. Pelakon Lelaki Harapan (Abbas Mahmood)

2. Tatarias Terbaik 

Tiga Janda Melawan Dunia 

1. Pengarah Harapan (Hyrul Anuar) 

2. Rekaan Busana