“Air Kosong RM500?!” – ‘Show Off’ Bil Makanan Hampir 1 Juta, Salt Bae Dimaki Habis-Habisan

Food
22 Nov 2022 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, cef selebriti dikenali ramai iaitu Salt Bae teruk dikecam di media sosial serta dianggap gila kerana menayang bil pelanggan cecah harga 614,125 dirham (RM762,613) semasa makan di restorannya yang terletak di Abu Dhabi.

Difahamkan, cef yang terkenal dengan stik daun emas dan gaya taburan garam dihentam habis-habisan oleh warganet kerana memuat naik bil terbabit di Instagram.

Bagaimanapun, pemilik bil makanan tersebut masih belum diketahui dan dikatakan ramai individu berprofil tinggi kini berada di sana untuk menyaksikan perlumbaan terakhir musim Formula 1 sebelum bergerak ke Qatar untuk kejohanan Piala Dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nusr_et#Saltbae (@nusr_et)

Salt Bae atau nama sebenarnya, Nusret Gocke telah mengambil kesempatan daripada dua acara terbesar itu dengan mengenakan 9000 dirham (RM11,159) untuk dua set hidangan stik bersalut daun emas dan hidangan lain, dimana harganya dianggap tidak masuk dek akal.

image is not available

image is not available

Kebanyakkan netizen beranggapan duit sebanyak itu dilaburkan untuk makanan sememangnya satu pembaziran dan ia boleh diguna untuk menyelamatkan penduduk yang kelaparan untuk beberapa hari.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Perlu Ke Cakap Tak Guna" - Gurauan Dianggap Kasar, Ramai Kecam Cara Ibu Puteri Balqis Bercakap Dengan Anak