Air Laut Kini Banjiri Bandar, Khabar Angin Jakarta Bakal Tenggelam Benar-Benar Akan Berlaku Tak Lama Lagi?

17 Dec 2024 • 1:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Difahamkan kini, beberapa daerah di Jakarta, Indonesia berada dalam situasi yang membimbangkan susulan air laut dilaporkan kini sudah melimpah ke kawasan bandar.

Air laut sudah melimpah ke bandar

Dapat dilihat dalam video-video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan air laut melimpah itu telah membanjiri kawasan perumahan penduduk sekitar.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku atas sebab kenaikan paras air laut yang semakin meningkat hari demi hari sehingga sudah melepasi tebing penghadang air laut.

Khabar angin Jakarta akan ditenggelami air bakal berlaku?

Secara tidak langsung, situasi yang kini dialami penduduk setempat disana telah menguatkan lagi khabar angin bahawa Jakarta akan ditenggelami air.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, pihak media pernah melaporkan bahawa lebih 95 peratus Jakarta Utara akan ditenggelami air menjelang tahun 2050.

Susulan itu, Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo mengambil keputusan mahu memindahkan ibu negara Indonesia yang asalnya Jakarta ke Kalimantan Timur tetapi ia ditanggungkan dahulu bagi memberi laluan buat projek-projek pengurusan hartanah yang belum dapat disiapkan lagi.

image is not available 11 months ago

"Jakarta Akan Tenggelam Lebih Cepat" - Individu Dedah Situasi Di Jakarta, Paras Air Laut Hampir Lepasi 'Giant Sea Wall'