Pasukan penyelamat dan forensik di lokasi tragedi pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam. gambar Salwa Farhana Ismail.
Tragedi pesawat Beechcraft 390 di Elmina, Shah Alam benar-benar menyayat hati dan memalit duka di hati seluruh rakyat.
Dengan hanya berbaki dua minit sebelum dijadualkan mendarat, pesawat peribadi itu menjunam jatuh dan meragut 10 nyawa yang kepulangan mereka sangat dinantikan insan tersayang.
Ada isteri kehilangan suami, ada ibu bapa kehilangan anak dan ada anak kehilangan bapa tempat bermanja.
Peristiwa ini akan kekal dalam sejarah hitam penerbangan negara, dan seluruh negara pasti akan mengingati hari penuh duka ini setiap kali tanggal 17 Ogos menjelang.
Jurugambar kami, Nooreeza Hashim, Salwa Farhana Ismail dan Syadila Amari turut sama turun padang, mengangkat lensa membidik detik-detik pilu ini, untuk tatapan semua pembaca.
Bandar Elmina, Shah Alam menjadi tumpuan ramai susulan tragedi nahas pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) yang mengorbankan 10 mangsa pada jam 2.50 petang semalam. gambar Nooreeza Hashim
Anggota penyelamat dan forensik mengumpul serpihan mayat dan pesawat di tapak tragedi berdekatan Bandar Elmina, semalam. gambar Nooreeza Hashim
Keluarga mangsa tiba di pekarangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, hari ini. gambar Syadila Amari
Ibu juruterbang pesawat Beechcraft 390 (Premier 1), Shahrul Kamal Roslan, Mahanum Ismail ketika ditemui media di pekarangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, hari ini. gambar Syadila Amari
Mayat mangsa tragedi Beechcraft 390 (Premier 1) tiba di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk urusan bedah siasat. gambar Nooreeza Hashim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menziarahi keluarga mangsa di pekarangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, hari ini. gambar Syadila Amari
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media di pekarangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, hari ini. gambar Syadila Amari
(Dari Kiri) Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbincang sesuatu selepas menziarahi keluarga mangsa tragedi pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) di pekarangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, hari ini. gambar Syadila Amari
Anggota polis masih ditempatkan di lokasi tragedi berhampiran Bandar Elmira bagi memantau keadaan. gambar Syadila Amari
Pihak berkuasa senang membersihkan lokasi tragedi pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina susulan pembukaan semula laluan itu pada jam 3 petang tadi. gambar Syadila Amari