“Air Mata Fahmi Bertakung Ketika Saat Terakhir” – Kanak-Kanak Tercekik Gula-Gula ‘Gummy Eye’ Meninggal Dunia

LocalFamily & Parenting
21 Feb 2025 • 11:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ibu bapa kepada kanak-kanak yang tercekik gula-gula kenyal, Fahmi Faiz reda dengan dengan pemergian anak mereka itu setelah beberapa hari bertarung nyawa di hospital.

Lapor Harian Metro, Mohammad Fakhruddin berkongsi saat-saat terakhir Fahmi di sisi dia dan isterinya semalam.

Tiada lagi anak yang ceria, Fahmi hembus nafas terakhir di sisi ibu dan baba. Kami beritahu reda jika dia hendak pergi, dan dia pergi dengan tenang selepas isteri saya bisik kalimah syahadah di telinganya.

Saya reda walaupun secepat ini dia ‘pergi’, sekurang-kurangnya dia tidak lagi menanggung kesakitan.

Kongsi Fakhruddin lagi, Fahmi yang baru berusia 10 tahun itu pergi dengan tenang dan berada dalam keadaan seolah-olah sedang tidur nyenyak.

image is not available

Ada air mata bertakung di matanya, dia pergi dalam keadaan cukup tenang seolah-olah sedang tidur. Adik, Nufa Fakhira (4 tahun) dan neneknya juga datang melawat Mohamad Fahmi petang tadi (petang semalam).

Nufa menangis panggil abangnya dan mengajak mandi kolam bersama

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Fahmi, yang berada dalam keadaan kritikal dipercayai akibat tercekik gula-gula kenyal, telah meninggal dunia pada Khamis.

Difahamkan, Fahmi membeli gula-gula tersebut di luar kawasan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth.

Kejadian berlaku sekitar jam 2.30 petang apabila mangsa tiba-tiba jatuh pengsan ketika dalam perjalanan ke tandas. Guru yang menyedari kejadian tersebut segera menghubungi pasukan perubatan untuk mendapatkan bantuan.

Setibanya pasukan kesihatan, mereka berjaya mengeluarkan gula-gula yang tersekat di mulutnya. Namun, Fahmi masih tidak menunjukkan sebarang reaksi dan kekal tidak sedarkan diri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

"Apa Yang Takut Sangat Ni, Memang Tak Berdikari Budak Tu.." - Netizen Kecam 'Trend' Ibu Bapa Tunggu Anak Depan Kelas