“Air Mata Mu Air Mata Ku Jua” – Sabri Yunus Sebak Tengok Angeline Tan Bergenang Air Mata Depan Kaabah

19 Dec 2023 • 12:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon terkenal, Sabri Yunus dan isterinya Angeline Tan baru-baru ini berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.

Difahamkan pasangan ini mendapat tajaan dari seorang individu pesara tentera dikenali sebagai Mejar Wahab.

Di TikTok, Sabri Yunus berkongsi momen sebak isterinya bergenang air mata ketika berdoa di hadapan Kaabah.

image is not available

Ini merupakan saat indah buat Angeline atau nama Islamnya Ardini kerana diberi peluang beribadah di tanah suci selepas berhijrah pada 26 September lalu.

Tulis pelakon telefilem Pok Ya Cong Codei ini, air mata yang dititiskan isterinya adalah air matanya juga. Tentu sekali, dia turut berasa sebak dapat menemani dan menunjukkan keindahan Islam buat isteri tercinta.

Selepas tawaf…sebelum kita saie.

Di ruangan komen, orang ramai mengucapkan syukur dan gembira dengan penghijrahan Angeline Tan. Mereka mendoakan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga.

Kredit: TikTok @sabriiyunus

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.