Air pasang besar diramal berlaku hingga Ahad

8 Dec 2022 • 3:31 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA LUMPUR: Penduduk di kawasan pesisir pantai disaran berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) memaklumkan fenomena itu boleh menyebabkan limpahan air di kawasan darat yang seterusnya boleh mengakibatkan banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.

PHN juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk agensi berkaitan untuk maklumat keselamatan kawasan pesisir pantai.

“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar lebih cakna dan berwaspada berdepan fenomena ini. Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai”, pesan PHN dalam kenyataan berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai paras pasang surut boleh dilayari melalui laman web hydro.gov.my/ramalanpasangsurut

image is not available

Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038