Air pasang besar diramal hari ini hingga Ahad

14 Jul 2022 • 12:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 JULAI: Penduduk di kawasan pesisir pantai di seluruh negara disarankan agar berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.

Menerusi satu hantaran di Twitter, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) memaklumkan fenomena itu berlaku disebabkan dipengaruhi oleh daya tarikan graviti bulan dan matahari.

Sementara itu PHN dalam laman Facebooknya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk kepada agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai.

“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar peka dan berwaspada berdepan fenomena ini. Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai,” demikian menurut PHN.

Maklumat lanjut mengenai lokasi ramalan pasang surut tersebut boleh dilayari di https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/ .

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved