Air pasang besar mulai Khamis, penduduk diminta sedia depani banjir

13 Oct 2024 • 9:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 13 OKT: Fenomena air pasang besar di Selangor dijangka mencatat bacaan paras air laut sehingga 5.8 meter mulai Khamis hingga Ahad depan.

Susulan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengingatkan penduduk dan pengguna jalan raya berhati-hati dan bersedia depani risiko banjir di lokasi terjejas.

“Patuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta untuk berpindah ke pusat penempatan sementara yang telah disediakan.

“Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam sila hubungi Bilik Gerakan Pantas di talian 03-5510 5811,” tulisnya di Facebook.

Sebelum ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri memaklumkan fenomena itu dijangka berlaku selama 12 hari, bermula 2 Oktober lalu dengan bacaan paras air laut 5.8 meter, tertinggi bagi tahun ini.

Berikut jadual air pasang besar sepanjang Oktober:

image is not available
Jadual air pasang besar bagi Oktober 2024. Foto Facebook Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved