“Air Pun Dah RM36” – Restoran Mewah Milik Cef Terkenal Dikecam Tawar Gaji RM1.5k Sebulan Buat Pelayan

Food
12 Oct 2022 • 6:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial semalam apabila satu ciapan daripada pengguna Twitter ada mendedahkan mengenai sebuah restoran mewah oleh Cef terkenal didakwa hanya memberi gaji serendah RM1,500 untuk para pekerjanya.

Kata individu itu, iklan pekerjaan di restoran mewah itu menawarkan gaji pelayan sebanyak RM1,500 manakala bagi cef masakan di antara RM5,000 hingga RM7,000.

Individu itu turut mempersoalkan sama ada restoran tersebut telah bersikap eksploitasi para pekerja daripada negara dunia ketiga.

Restoran **** di Malaysia mengenakan bayaran RM300 setiap keping daging lembu Wellington, RM40 untuk kentang lenyek, dan RM36 untuk sebotol air tetapi membayar pekerja pelayan hanya RM1.5k, sous chef RM5.5-7k sahaja.

Malah, di ruangan komen, ada individu lain mendakwa dia pernah bekerja di restoran mewah tersebut dan berkata memang benar gaji yang diterima para pekerja di situ adalah rendah.

image is not available

Sumber : Twitter  

Sekadar info, restoran mewah itu terkenal dengan menu Classic Beef Wellington dan pelanggan perlu berbelanja minimum RM8,000 untuk menikmati hidangan di ruangan Mayfair Private Dining.

Malah, pelanggan juga perlu membayar deposit sebanyak RM4,000 untuk tempahan awal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

Kali Pertama Mengundi? Ini Perkara Yang Anda Wajib Lakukan Sebelum Keluar Memilih!

View Original Article