
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah mengalu-alukan komitmen kerajaan Persekutuan untuk membantu dalam menyelesaikan isu bekalan air di negeri ini sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Hajiji berkata Sabah sedang dalam proses melaksanakan pelannya sendiri untuk menangani masalah air dan dengan bantuan daripada Persekutuan, kerajaan negeri percaya masalah itu dapat diselesaikan dengan cepat.
Beliau juga menjelaskan bahawa Perdana Menteri tidak menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan akan mengambil alih pengurusan bekalan air negeri.
“Apa yang dimaksudkan Perdana Menteri adalah kerajaan Persekutuan akan membantu dalam pengurusan masalah itu dengan menyediakan pembiayaan yang lebih besar sama seperti isu air Kelantan.
SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more “Kerajaan memandang serius masalah bekalan air di Sabah. Kita akan bincang semua isu itu semasa pertemuan dengan Perdana Menteri bagi mendapatkan penyelesaian yang berkekalan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa. Isnin lalu, Anwar berkata kerajaan Persekutuan akan cuba menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan dan Sabah walaupun ia melibatkan perbelanjaan besar, dan isu itu perlu ditangani kerana ia adalah masalah asas dan bukannya hal politik.
Anwar berkata beliau telah berunding dengan Hajiji dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob serta mempersembahkan kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bahawa kerajaan pusat perlu mengambil alih tanggungjawab menyelesaikan masalah air walaupun belanjanya besar.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Shahelmey Yahya ketika mengulas mengenai komitmen kerajaan Persekutuan itu, menjelaskan bantuan berkenaan tidak seharusnya disalah tafsir oleh pihak pembangkang kononnya kerajaan Sabah memberikan kuasa kawal selia air kepada kerajaan pusat.
“Kita mengalu-alukan tawaran daripada Perdana Menteri (Anwar) untuk membantu meringankan masalah air… kita sedar perancangan untuk selaras bekalan air di Sabah perlu belanja agak tinggi, jadi kita memerlukan bantuan sama ada geran atau pinjaman Persekutuan untuk kita laksanakan projek bekalan air di Sabah.
“Tetapi ini kita kena nyatakan, kita alukan bantuan kerajaan Persekutuan tetapi bukan serahkan urusan air kepada Persekutuan...tiada secara spesifik juga nyatakan (kerajaan Persekutuan) ambil alih urusan air di Sabah,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kerja Raya negeri berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Program Ramah Mesra Media dan Aidilfitri Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah di sini pada Selasa.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

