Air Sampai Ke Paras Dada, Situasi Banjir Di Kampung Bangi Tambahan, Bangi Lama Pagi Tadi

17 Nov 2022 • 11:23 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sejak semalam, beberapa kawasan di lembah Klang dinaiki air termasuklah kawasan Kampung Bangi Tambahan, Bangi Lama.

Menerusi perkongsian BERNAMA TV, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkongsi rakaman keadaan semasa situasi banjir di kawasan berkenaan.

Pada awal rakaman ini, para anggota dilihat sedang meredah air banjir yang memiliki kedalaman sehingga paras dada, dengan memakai jaket keselamatan.

Bukan itu sahaja, ia juga menunjukkan keadaan beberapa rumah kediaman telah ditenggelami air sehingga melebihi paras separuh pintu.

Pada masa yang sama, terdapat beberapa lokasi lain di Selangor yang turut dinaiki air berikutan hujan lebat pada malam tadi. Antara kawasan yang terjejas adalah Bukit Lanchong dan Taman Sri Muda, Shah Alam; Bukit Sentosa, Kota Raja dan Taman Sri Andalas, Klang.

Jika anda terperangkap dalam situasi banjir, berikut merupakan talian kecemasan yang boleh dihubungi: 03- 5650 0503, 03- 5650 0504 dan 03 – 5650 0599.

image is not available
Kredit: Bomba dan Penyelamat Malaysia

Sumber: Bernama via Twitter & Facebook