Air Selangor kesan pencemaran bau, giat atasi isu bekalan air 472 lokasi

24 Dec 2022 • 8:19 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM. 24 DIS: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi (LRA Bukit Tampoi) pagi ini.

Ia berikutan insiden pencemaran bau di stesen pam air mentah Jenderam Hilir dan berikutan itu 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

“Kawasan yang terlibat ialah Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan) dan dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak beradual bermula jam 7 pagi hari ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

Agensi itu meminta pengguna merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi termasuk Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Berikut adalah kawasan terjejas:

image is not available

 

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

 

image is not available

image is not available

image is not availableimage is not available

 

image is not available

image is not available

 

image is not available

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved