Air Selangor tutup bekalan air, pasang injap, elak runtuhan Akademi SPRM merebak

27 Apr 2023 • 1:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 27 APRIL: Bekalan air di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dekat Persiaran Tunku Syed Sirajuddin, Bukit Tunku ditutup susulan kejadian tanah runtuh di pintu utama premis berkenaan.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata tindakan bagi menghalang air mengalir ke kawasan terjejas sekali gus memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Pada masa yang sama Air Selangor juga memasang injap tambahan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kawasan yang terjejas merebak,” katanya di Facebook hari ini.

Kelmarin seramai 76 petugas pentadbiran MACA dan Institut Integriti Malaysia berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan ituz

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai, takungan air di sebelah pagar MACA dan paip pecah bawah tanah dipercayai menjadi antara punca kejadian berkenaan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved