Air Sg. Batang Benar Berbuih, Disyaki Pencemaran Akibat Pelepasan Daripada Premis

2 Dec 2022 • 5:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) tampil memberikan penjelasan mengenai keadaan air berbuih di Sg. Batang Benar, Negeri Sembilan.

Sebelum ini, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menerima maklumat daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor berkenaan pencemaran sungai berbuih di Sg. Batang Benar, Negeri Sembilan pada jam 8 malam tadi (1 Disember 2022).

Menurut pihaknya, pencemaran tersebut disyaki berpunca daripada pelepasan bahan tertentu oleh premis kilang di kawasan perindustrian yang berdekatan.

Selain itu, hasil siasatan segera yang dilakukan oleh pihak LUAS mendapati keadaan Sg. Batang Benar masih lagi menghasilkan buih dan mengeluarkan bauan seakan-akan sabun di lokasi tersebut.

image is not available
Kredit: Bernama

Bagaimanapun, pemantauan statik yang dilakukan oleh pihak LUAS pada hilir sungai, iaitu beberapa sungai di kawasan Negeri Selangor seperti Sg. Semenyih dan Sg. Buah mendapati keadaan kedua-dua sungai tersebut adalah normal dan tiada bau dikesan.

Malah, pensampelan bau yang dilakukan oleh LUAS di Kg. Rinching Hilir di Sg. Semenyih juga mencatatkan 0 ton.

Dalam pada itu, kejadian pelepasan air berbuih di Sg. Batang Benar, Negeri Sembilan tersebut disyaki berlaku lebih awal petang semalam ketika hujan lebat.

Bagi tindakan selanjutnta, pihak LUAS dilaporkan telah berhubung dengan JAS Selangor untuk tindakan susulan dan siasatan selanjutnya oleh pihak JAS Negeri Sembilan.

Hal ini berikutan lokasi insiden tersebut juga berada di luar kawasan Negeri Selangor dan melibatkan kawasan perindustrian.

Pada akhir kenyataan tersebut, pihak Kerajaan Negeri Selangor tidak sesekali akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah pencemaran sumber air dan tindakan keras akan diambil selaras dengan peruntukan Enakmen LUAS 1999.

Kerajaan Negeri Selangor dan LUAS turut memberikan kepada orang ramai agar prihatin terhadap aktiviti yang mampu menyumbang kepada masalah pencemaran sumber air negeri tdan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak berkuasa dengan segera.

Sumber: Bernama via Twitter