Air terawat di Sandakan didakwa rasa masin

28 Dec 2022 • 4:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Penduduk di daerah ini mendakwa menerima air “rasa masin” selama beberapa minggu atau bulan walaupun air telah melalui penapisan di rumah.

Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Papat berkata beliau menerima aduan daripada penduduk berhubung perkara itu yang bukan sahaja menimbulkan rasa kurang enak malah reaksi alahan.

“Aduan terbaru yang saya terima adalah daripada seorang penduduk di Taman Grandview,” katanya.

Beliau berkata aduan utama adalah air terawat “rasa masin” yang dibekalkan ke rumah mereka, sambil menambah, beliau telah mengumpul sampel air dan akan memajukannya kepada pihak berkuasa berkaitan untuk ujian. Gambar kiri: Frankie (kiri) bertemu salah seorang penduduk terjejas.

“Aduan mengenai air terawat ini datang dari seluruh Sandakan. Saya juga mendengar dakwaan beberapa penduduk bahawa mereka mengalami alahan kulit.

“Mereka mendakwa mengalami alahan kulit dan ruam akan muncul selepas mandi, dengan beberapa kes agak serius.

“Yang lain mendakwa ia akan berlaku selepas bangun dari tidur. Saya ingin tahu sama ada alahan itu ada kaitan dengan bekalan air terawat,” tambahnya.

Frankie menggesa Kementerian Kesihatan mengambil langkah segera untuk menyiasat secara mendalam kualiti bekalan air di daerah itu.

“Mereka harus menyiasat dengan teliti sama ada air terawat dari paip utama dan peningkatan bilangan pesakit mengalmi alahan kulit mempunyai hubung kait,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.