AirAsia Digital Dijenamakan Semula Sebagai MOVE Digital

TechnologyDigital
18 Sep 2023 • 12:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AirAsia Digital kini dijenamakan semula kepada MOVE Digital, sekaligus memperlihatkan langkah terbaru Capital A dalam terus cuba mengembangkan penawaran digital mereka. MOVE Digital akan meliputi perniagaan digital aplikasi AirAsia SuperApp yang akan mula dikenali sebagai AirAsia Move dan juga aplikasi kewangan BigPay.

image is not available

Pihak AirAsia mengatakan ini adalah langkah strategik dalam membawa aplikasi tersebut ke era seterusnya. Nama MOVE dipilih selari dengan fokus pengangkutan serta pelancongan yang menjadi fokus utama aplikasi tersebut. Ini dilengkapkan dengan penawaran dompet digital BigPay yang memudahkan penggunaan dan akses kewangan.

Ia juga dijangka pelbagai ciri-ciri BigPay akan diintegrasikan terus dalam aplikasi AirAsia Move tidak lama lagi. Pada hari ini, aplikasi tersebut dikatakan mempunyai pengguna aktif bulanan mencapai 15 juta orang.